Wednesday, 2 March 2011

PENDAKWAAN
PENGENALAN

Bahagian Pendakwaan (BP) bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pendakwaan terhadap pelaku yang melakukan kesalahan Syariah di bawah peruntukan Undang-undang Islam yang berkuatkuasa di Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian ini juga bertanggungjawab membantu Hakim Syarie dalam membuat keputusan dan hukuman yang adil. Bahagian ini diketuai Ketua Pendakwa Syarie (LS 48) di samping dibantu oleh  para Pegawai Pendakwa Syarie (LS 41) serta para Pen Pegawai Pendakwa Syarie (LS 27) Pembantu Pendakwa Syarie (LS 17). 



FUNGSI


Menjalankan prosiding pendakwaan ke atas pelaku-pelaku kesalahan kes jenayah Syariah di Mahkamah Syariah di dalam Negeri Kedah berlandaskan peruntukan undang-undang Syariah di bawah akta-akta yang digunapakai di Negeri Kedah Daru Aman.
Senarai akta yang digunapakai:-

  • Enekman Kanun Jenayah Syariah (Negeri Kedah) 1988
  • Enekman Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Kedah) 2008